Thursday, November 8, 2012

Game Over!

Assalmualaikum. Hey dude, game over! Sorry. Lol.. Yah, Actually there is no more me and Nazif Hakim. It's over between us.

Semuanya bermula pada hari Ahad 4November2012 , hahaha.. Malam tu dia marah saya sebab tak tegur dia. Hahaha it's sound funny but that is the truth. Actually malam tu saya memang online twitter. Dia pon online. Tapi dia tweet dengan kawan dia and diorang macam ada cakap something yang penting kot. Pasal kerja kursus diorang.. So saya tak berniat nak kacau dia. Sambil dia online tu.. Saya tweet dengan kawan saya... Then suddenly dia tweet...

Yeah... Time ni dah rasa something. Dia tujukan benda tu khas untuk saya ke? Then I asked him..."Lol. Siapa?" The he said.."Tak ada siapa." Wooo.. Time ni rasa macam.. Haih takpe lah kalau tak nak cakap kan? Heee... Then, beberapa minit lepas tu dia ada tweet lagi...

Hahahaha.. Memang tweet tu untuk saya pon, sebab time tu saya ada tegur dia. Tapi dia tak balas. So faham-faham jelah~ Time ni memang la sedih.. Dia marah macamtu.. Act saya tak tau sangat kenapa dia marah sampai macamtu sekali. Takkan sebab tak tegur je nak marah gila-gila kan? Hahaha... Memang pelik..  Tapi time tu kan kitorang couple.. Bak kata orang.. Orang couple ni memang tak boleh tak tegur sesaat... Lol.. What the.. Hahah whatever. Memang tertanya jugak.. Marah sebab tu je ke? Then dia tweet lagi..

Hahaha..Baru saya tau kenapa. Sebab duit ke? Lol... Kelakar. Kalau sebab duit. Saya boleh bayarkan balik kot duit dia tu. Tak kesah la berapa banyak. Saya akan cuba bayar..Hahaha~Lepastu saya cuba la tweet unmention dengan dia..Saya cakap..

Me: Speechless. So what should I do now? Say sorry or pay back your money?
Him: Tak payah buat apa-apa. Buat masa ni payah layan aku. Tunggu la satu hari nanti aku akan layan kau balik. Faham?
Me: Yelah awak.. I'm sorry.

Lepastu, dia dah tak balas dah.. Hurmm.. macam apa yang dia cakap.. Dia akan layan saya balik suatu hari nanti..... Haih.. Bila tu saya pon tak tau~

Esoknya, 5November2012.....Saya hantar message pepanjang, bebanyak semua dia buat tak layan.. Saya tweet mention dia semua dia tak reply.. Haih orang dah marah kan? Sabar je lah...Then saya cuba tanya dia..
Hah.. Time ni dia balas. Entah kenapa rasa happy gila.. Hahaha.. Memang happy~ Hahaha.. Then lepas saya balas nak tweet dengan dia tu.. Dia buat new tweet. And saya balas...

6November2012 pulak..Saya hantar message lagi...Tweet lagi.. Still tak ada perubahan. Hahaha.. It's okay~ Orang marah.. Memang ah macamtu..

7November2012. Tarikh keramat... Lol..Hahaha memacam jadi harini. Kesian saya. Kahkahkah.. Okay tak payah kesian. Saya tak perlukan simpati korang. Cewah ayat nak makan kaki je kan? Hahah.. Okay back to the story.. Pagi tu.. Like always..On twitter.. Hah ingat nak mention dia like always... Tapi benda tu tak menjadi.. So saya call dia pagi tu. Kahkah kalau saya kacau dia tidur mesti dia lagi marah en? Hahaha lantaklah. Apa saya kesah. Saya nak tau jugak kenapa dia jadi cenggitu. Hah.. Call beribu kali pon takkan dia angkat punya.. Okay.. Pasrah. Letak phone.. Nangis lajulaju. Lol. Then.... saya fikir nak hilangkan diri.. So deactivate twitter! Yeay... Lari daripada masalah. Just like what I always do when I have a problem. *claps hand* hahaha.. Then cerita dekat Nuraina Amira... Wahhhhhhh... Okay nangis dah time ni.. Sebab time ni Nazif ada tweet..

Uwah...... Minta putus? Sesuatu yang sangat lah saya tak terfikir daripada first day couple...Till that day.. Tak pernah terfikir pon nak minta putus dengan dia...Aina adalah tolong tanya dia kenapa.. Tapi cara dia balas memang kasar. Sangat kasar. Rasa menyesal pulak cerita dekat Aina. Kalau saya tak cerita kan bagus.. Takde Aina terkene tempias dia. Haih..Sorry Aina... Malam tu memang saya dah tak tahan sangat.. Saya minta pendapat Khairil... Patut ke saya putus je dengan dia. Tapi Khairil tak balas. Dia tak perasan kot... Tanpa minta persetujuan daripada sesiapa.. Saya message dia....

Me:Assalamualaikum, saya tau awak dah bosan sebenarnya dengan saya. Sebab tu awak cari alasan nak marah saya. Hurm takpelah. Awak nak kita putuskan hubungan ni? Okay saya terima je apa awak nak. Saya takde hak nak paksa. Dalam percintaan tak boleh paksa kan? :') Malam ni kita putus okay... Tapi saya nak cakap something. Awak first love saya. Saya tak pernah couple sebelum ni. Awak yang first. Dalam masa 5bulan 2minggu kita couple ni.. Awak dah buat saya gembira. Thanks a lot. Saya harap umrah awak tahun depan berjalan dengan lancar. Tak semua orang dapat pergi sana. Awak kira tetamu Allah pergi sana tahun depan. Jangan sia-siakan peluang ni :) Hahaha... Have a nice day dear my love. Saya still sayang awak. Ingat tu. Saya buat ni sebab awak yang minta. Heee... Saya mnta maaf kalau saya ada buat salah... Saya harap kita boleh jadi kawan. Hahaha. Okay itupon kalau awak nak! Okay awak nak tau tak... Actually kita kawan dah lama? Dah 2tahun 6 hari dah..Hahaha..Lama tak? Lama kan? Zzz... Saje je nak bagitau :p Okaylah.. Saya nak bagitau tu je. Heeeee...Bye... I hope we can still be friends. Oh relationship dekat fb tu tukar je la ek :) Dah tak ada maknanya dah sekarang. Thank you my love :p Assalamualikum :).
Him: Okay saya nak pertahankan. Tapi perasaan saya bercelaru. Sebenarnya saya tak reti bercinta. Mungkin sebab tu saya selalu buat awak macamtu. Sebenarnya saya dah terfikir lepas saya balik daripada umrah saya nak putus dengan awak. Dah tiba masanya saya tinggalkan awak sekarang. Mungkin kita berkawan lebih baik daripada bercinta. Awak jugak first love saya. Saya pon tak pernah couple sebelum ni. Mungkin ini satu pengajaran bagi kita. Terima kasih dengan semua benda yang awak pernah bagi masa kita bersama. Maaf kalau ada salah silap saya minta maaf. Maaf saya memang tak dapat nak pertahankan. Sebab lepas saya balik daripada umrah benda ni akan berlaku jugak. Maaf. Thank you. Assalamualaikum.
Me: Okay takpelah awak. Kita kawan jelah~ Hehe tapi saya nak tanya boleh? Kenapa awak marah sangat eh?
Him: Sebab haritu awak tak layan saya, padahal saya dah retweet banyak nak bagi awak perasan. Tapi awak tetap tak layan. Time tu memang saya marah gila-gila.
Me: Je?
Him: Ya. Saya rasa lagi bagus kita putus macam ni daripada saya minta putus dekat awak lepas saya balik daripada umrah. Mungkin caranya tak sesuai. Tapi saya lagi suka macam ni.
Me: Yelah. Kalau lepas awak balik umrah awak nak tau tak berapa lama saya kene tunggu? 3bulan tau tak pakcik gila! Sakit hati je. Kenapa tak cakap awal-awal je? Hohoho~ Hahaha..
Him: Saya tak kesah awak nak cerita dekat orang awak putus dengan saya sebab ni. Tapi saya nak awak tau, saya memang nak putus.
Me: Takpe lah awak.. Tapi kenapa awak memang nak putus? Cuba cerita...Hahaha.
Him: Sebab saya tak selesa nak bercinta. And saya rasa menyusahkan nak jaga hati awak.
Me: Lol. Okay.. Btw thanks buat aku happy! Haha kawan okay? Tahun depan aku nak masuk kelas Akaun. Kau ajar aku!
Him: Kau pon thank you buat aku happy. Bila balik sekolah hilang rasa penat bila balik dengan kau.. Aku bukan nak permainkan kau tapi aku tak boleh nak pertahankan.
Me: Hahaha. Tak kesah ah bro.. Benda dah lepas dah pon. Hahaha.
Him: Okay.

Haaaaa, memang time ni tak boleh nak tipu. Saya tak okay sebenarnya.. And tipu kalau saya tak menangis. Memang tipu sangatlah kan. Hahaha.. Okay. Time ni pun kitorang ada jugak tweet unmensi. Lol~ Saya favorite tweet dia bebanyak. Lol tak tahu kenapa.. 

Me: Sorry tangan ni gatal tekan button favorite. Hahaha~
Him: Tak pelah. Khairil kan ada. Nak fovorite? Silakan.
Me: Apa cakap pasal katak petak pulak ni? Err.. Kitorang kawan je ah pakcik tua. Aku sayang kau bukan dia. Ada faham ? :p
Him: Tapi semua masalah kau bagitau dia. Mungkin suatu hari nanti kau boleh dengan dia.
Me: Tak semestinya aku cerita semua masalah aku dekat dia aku boleh suka dia? Kau tau tak dia marah sebab ni? Dia kata aku buat keputusan terburu-buru.
Him: Woww. Marah?? Tak lama lagi bercinta la tu dengan katak petak segi empat sama. Lol..
Me: Kau saje nak sakitkan hati aku ke apa orang gila? Memang tak ah kan aku dengan dia..
Him: Dengan orang gila ni lah awak bercinta dulu. :D
Me: Hahah whatever orang gila :p

Haih.. baru lepas putus.... Dia dah cakap pasal aku bercinta dengan kawan dia pulak... Kawan baik pulak tu. Memang tak lah.. Kitorang memang rapat dengan Khairil tu. Tapi takde lah sampai saya nak bercinta dengan kawan baik sendiri kan? Errr... Tapi ayat dia yang last tu entah kenapa saya suka. Eh dah diam! Lol... Saya dengan dia sekarang ni kawan je. Hahah~ Nothing much. Saya akan cuba jadi kawan dia!!! Hahaha tak kesah lah kalau hati kata lain.. Mulut kata lain. Saya tak kira! Nak jugak :p 

Okaylah tu je... Hahahah harap korang faham jalan cerita..Pfft~ Assalamualaikum :)

3 comments:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/