Monday, October 22, 2012

Bestfriend



Asslamualaikum. Post kali ni pasal bestfriend. Hahaha. Saya ada sorang male bestfriend. Nama dia Khairil Ridzwan (KR). Kitorang kenal dah lama. Since tahun 2010. Actually tak tau la kenapa tiba-tiba nak cerita pasal dia. Maybe sebab dia ni caring kot. Tersangat caring pasal kawan-kawan dia. Dia sweet juga.

Hurm tak, sebenarnya.....saya ada hantar message dekat dia saya kata nak putuskan persahabatan dengan dia. Yeah, saya ni bodoh sangat. Orang tu dah baik tapi... hurm. Mulanya daripada minggu lepas. Act, minggu lepas baru kitorang bertegur balik lepas sebulan tak bertegur. Mula-mula saya bagi alasan dekat dia yang saya nak PMR. So saya maybe dah tak online sampai lepas PMR. Tapi...sebenarnya saya cuba nak larikan diri daripada dia. Saya tak online facebook, tapi saya online twitter. Yeah, KR sebenarnya ada twitter tapi dia jarang online twitter dia. Dia kata dia tak suka guna twitter. Dia lebih suka facebook. So saya pon tak online facebook selama sebulan tapi saya online twitter. Haih, nak tau kenapa saya buat macamni. Kenapa saya tipu dia? Act, semuanya sebab saya takut Nazif Hakim (NH) jealous. Waktu saya selalu chatting dengan KR, saya selalu tercerita pasal KR dekat NH. So NH pernah tanya.."Tegok rapat je dengan Khairil?" Time tu saya terus tak tau nak buat apa. Rasa macam.... Dia jealous? Hurm okay... Lepastu saya mula jauhkan diri daripada KR. KR pon ada perasan juga saya dah lain dengan dia. Tapi dia rilex je. Dia jenis yang tak ambil kesah pasal hal kecik. Sampailah minggu lepas, KR online twitter dia. First tweet dia waktu dia online ... Dia mention saya beri salam. Time tu memang terperanjat gila. Rasa macam.... Rindunya dia.. Lama tak borak dengan dia. Then saya tweet dengan dia. Time tu NH pon tengah online twitter. So NH nampak... Malam tu pulak.. NH mention saya dia cakap "Best layan Khai tadi, sampai saya pon awak lupa." time ni saya memang rasa nak menangis pon ada. Saya tak tau yang dia jealous. Act, NH dah tau yang saya dengan KR memang kawan baik. Lagipun KR dengan NH sendiri pernah duduk satu kelas yang sama.. Belajar sama-sama.. Main sama-sama.. Diorang pon kawan baik. Tapi kenapa NH nak marah?  Then... saya minta maaf dekat NH. Saya betul-betul minta maaf. Pagi esok saya online facebook saya. Haih.. lama dah tak online facebook. Then saya cerita dekat KR pasal apa yang jadi malam semalam... KR pon terperanjat. Tak sangka dengan kawan baik sendiri pon jealous. Okay... Then KR pulak merajuk dengan saya. Seriously time ni saya menangis betul. Takkan sampai dua-dua pon nak marah? Dua-dua pon nak merajuk..... Then... pujuk dua-dua.. Yeah.. Lepastu semua kembali normal~

Then beberapa hari lepas... hari Khamis kot. Saya memang takde mood haritu. Lepastu NH ni mention dengan perempuan lain. Ohh.. sememangnya jealous time tu. Tapi sabar je. Then saya try mention dia. Yeah.. dia memang balas. Tapi lembab gila... Memang rasa macam.. Perempuan lain tweet dengan dia, dia balas laju je. Dengan saya? Hah...Then.. Dia ada minta tolong dekat kawan saya at first. Tapi kawan saya tu tak reply mention dia, so dia minta tolong saya pulak. Time ni entah kenapa rasa marah plus jealous.. Dia minta tolong dekat saya sebab kawan saya tu tak reply mention dia. Kalau kawan saya reply mesti dia takkan minta tolong saya kan? Okay takpe.. Saya tolong je, tapi cara saya memang macam tak ikhlas langsung. Dia pon perasan. Terus tak jadi minta tolong. Tapi time tu saya dah offline twitter. So.... tak tau apa dia balas... Esoknya saya fikir dia nak jumpa saya.. Nak minta apa yang dia suruh bawa tu. Tapi time saya nampak dia.. Dia tengah pegang benda tu. So saya abaikan je. Rasa marah semua ada.. Nak campak benda yang dia suruh bawa tu dekat kepala dia pon ada. Biar padan muka dia. Tapi bila dah sayang semuanya tak menjadi. Haih.... Then balik sekolah hari Jumaat tu NH ada jumpa saya..Entah.. Time tu saya reti minta maaf je. Dia pulak tanya minta maaf kenapa. Dia sengaja buat-buat tak tau ataupun memang dia tak tau kenapa saya minta maaf? Hurm okay lepastu saya cuba tukar topik. Saya tanya dia, dia pinjam siapa punya kalkulator. Act, benda yang dia suruh bawa tu kalkulator. So saya tanyalah dia, dia pinjam siapa punya... Lepas saya tanya, dia terus kata nak balik. Dia tak jawab langsung soalan saya. Dia blah macamtu je. Rasa macam "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" dalam hati. Okay.. think positive. Haritu hari Jumaat. Waktu Zohor masuk awal. Maybe dia nak balik awal sebab nak perg solat Jumaat kot. Hee.. Think positive. Phew.. Malam tu, online twitter... Tapi rasa takut nak mention NH... Tapi mention jugak.. Cara dia macam marah. Tapi saya cuba sabar. Hurmm... Then saya pon buat new tweet cakap saya tengah bersabar dengan dia. Tapi saya tak mention sesiapa pon dalam tweet tu. Tweet perli. Then dia pon buat new tweet. Dia kata "Mata dah layu..Assalamualaikum." Time ni saya rasa macam sebak gila. Dia tak nak tweet dengan saya ke? Okay abaikan... Dia stress exam kot. Dia kan form4. Final year exam sekarang ni. Hah.. Saya okay... Lepas beberapa minit dia tweet yang dia mengantuk tu.. dia ada buat tweet baru... Dia cakap "Tak payah la buat kalau terpaksa (--')" . Yeah... Time ni saya pulak yang terasa, so saya pon buat new tweet macam reply tweet dia tu. Then this thing happen until kitorang gaduh besar. Malam tu memang saya menangis teruk. Dia kata maybe dia akan lepaskan saya... Saya blank.. Tak tau nak buat apa.. So saya ambil keputusan untuk offline twitter and tidur. Yeah pada awalnya memang nak tidur. Tapi apa yang dia cakap tu buat saya tak boleh tidur. Kalau tidur pon sikit-sikit terjaga. Hah..Rasa macam orang tak betul dah. Esok tu jugak... saya kata dekat KR saya tak boleh teruskan persahabatan dengan dia. Saya takut kalau sebab saya dengan KR membuatkan NH marah sampai macamtu sekali. Act kitorang gaduh malam semalam takde kene mengena langsung pasal KR. Tapi saya takut kalau-kalau KR pon terlibat bagi NH. Mula-mula saya fikir lagi bagus kalau saya putuskan hubungan saya dengan KR daripada hubungan kawan baik KR dengan NH putus sebab saya? Diorang kawan lagi lama... Lagi lama daripada diorang kenal saya. So saya rasa saya patut putuskan hubungan dengan KR. Okay.. Memula saya cakap saya tak boleh teruskan persahabatan ni dengan dia. Tapi saya tak cakap pon kenapa. Saya just cakap keadaan bertambah lagi teruk. Yeah, dia tau apa maksud saya dekat situ. Dia faham sangat saya cakap pasal apa dan siapa. Dia memang kenal saya. Sangat kenal saya. Saya tak dapat nafikan. Tapi saya harap sangat dia faham apa saya rasa sebenarnya.. Saya tak cerita dekat dia apa yang jadi malam sebelum tu. Jadi saya harap dia faham.. Sebenarnya saya tak sanggup langsung nak hantar message tu. Tapi.... Saya terpaksa. Lepas je hantar message pagi tu.. Dia balas. Dia cakap.....

"Okay. Fine macam ni la kan . Sanggup putus persahabatan demi cinta kan. Okay la. Aku tau la aku ni penyibuk dalam hidup kau. Ganggu kau nak bercinta. Penat aku tunggu kau habis exam supaya dapat la kita bercerita macam dulu . Buang masa je aku cerita masalah aku kat kau. Kalau aku tau la macam ni . Aku boleh selesaikan semua. Kayley pun boleh dapat. Sumpah menyesal , aku ingat kau kawan perumpuan palingpalingpaling baik pernah aku jumpa. Hanya allah je la yang tau sakit hati aku ni. Kawan dah lama pastu putus sebab bercinta. Okay , demi allah la. Aku tetep anggap kawan tapi tak macam dulu lagi. Don't worry , i still your best friend ever and after to jannah insyallah. if that your want. Okay go and do what you want ."

Saya rasa bersalah gila lepastu... Tak tau apa nak buat. Saya terus nangis. Bodohnya saya.... Dia baik macamtu pon nak putuskan.

Lepas fikir berpuluh-puluh kali... Terus saya kata saya tipu dia... Saya prank dia... Tapi sampai sekarang dia tak balas message saya. Sampai sekarang dia senyap.. Saya takut.. Saya takut kalau saya betul-betul hilang dia.. Saya tak nak hilang dia.. Saya sayang dia. Saya sayang dia sebagai kawan. Sebagai kawan baik saya... Dia memang lelaki yang baik bagi saya..Dia tak pernah marah saya sebelum ni. Saya kacau dia pon dia cool je. Tapi sekarang... Dia betul-betul marah. Saya ni memang bodoh... Saya harap lepas dia balik asrama nanti dia balas message saya. Huhuhu ~ I'm so sorry dear my bestfriend. Saya tak tau kenapa saya bertindak melulu. Ikut kata hati... Saya tak pernah terfikir pon perasaan dia kalau saya cakap macamtu . Haih, saya memang seorang kawan tak guna. Tak reti nak jaga hati orang. Fikir diri sendiri. I'm selfish. Sorry Khai... I don't meant it. Angaplah itu hanya gurauan. Aku harap kau dapat maafkan aku untuk kali ni. Sorry...

Yeah... About NH.. Kitorang dah berbaik. Banyak kali saya minta maaf dekat dia. At last dia sendiri minta maaf dekat saya..Dia kata malam kitorang gaduh tu dia fikir banyak benda. Saya maafkan je. Saya tak sanggup nak gaduh dengan dia lama-lama. Waktu gaduh dengan dia saya rasa saya ni macam dah tak ada apa dah. Saya rasa kosong. Tapi.. Bila dia minta maaf sendiri dekat saya.. Saya rasa happy! Saya tanya dia... "Jangan putuskan hubungan ni okay?".Lepastu dia jawab "Okay" . Lepastu saya tanya lagi "Janji?". Dia cakap "Yup" .  Saya rasa happy sangat time tu.. Dia dah janji... Tapi saya rasa takut juga sebenarnya. Saya takut kalau dia mungkir janji dia.

Khairil Ridzwan kawan baik saya tak ada. Saya harap dia anggap itu hanya penipuan. Dia tak boleh tau perkara sebenar. I hope our friendship will be fine like before :')

I love them. They make me happy no matter how. No matter when. I hope our relationship will be forever and ever . Sorry for being selfish before. Bye....




No comments: