Friday, May 25, 2012

Random Awesome

Assalamualaikum . Hai ! Hahah saya tak tau kenapa saya punya tajuk post sama dengan lagu Yuna . Tapi saya rasa saya yang tiru tajuk lagu dia tu ~ Wahahahah . Okay abaikan tajuk tu . Saya nak cerita pasal someone ni . Hehe , actually dah banyak kali saya cerita pasal dia dekat blog , and saya rasa cerita pasal dia paling banyak kot . Hurmm nama dia Nazif Hakim(NH) ! Hahah yeah crush saya tu . Hee , saya tak tau apa hubungan kitorang sekarang ni . Confused :O

Okay hari Selasa haritu , saya online facebook sekejap walaupun tengah exam ! Haha gedik betul . Okay macam biasa saya check notification saya then stalk profile dia . Okay saya mengaku setiap kali saya online saya mesti tengok profile dia dulu . Okay time tu saya online facebook saya yang lama 'Nur Afiqah' lepastu tengok profile dia , saya nampak 'NH is in a relationship'  . Woah time ni memang rasa macam jantung ni dah nak tercabut dah woi ! Dia in a relationship dengan siapa ? Okay nak sedapkan hati buat bodoh je . Abaikan . Patah seribu hatiku ! Cehh -.-

Hahah lepastu offline facebook yang Nur Afiqah online facebook 'Afiqah Zainal Abidin' pulak . Okay check notification macam biasa . Suddenly ada satu notification ni tulis "Someone like your new relationship status" and I was like WHAT ?! Bila masa saya tukar relationship status ni ? Woah , siapa punya angkara ni ? Saya kene hacked ke ? Lol memang gelabah gila time tu  . Jantung dupdapdupdap . Lepastu saya abaikan lagi , tapi sekejap je . Tengok friend request pulak . Ada satu je . Nak tau tak yang itu sebenarnya bukan friend request ? Tapi relationship request ?!

Woi ! Mulut Faryna masin woi -.- Dulu  dia pernah cakap "Cuba bayangkan kalau NH tiba-tiba send relationship request , apa kau buat ? Apa kau rasa ?" Haishh time tu saya dah tak fikir apa-apa dah . Confirm je ~ Tak confirm karang terasa . Yerla dia pon dah tau saya suka dia . Hahahah lepastu terus offline . Tutup computer and terus call Aina . Memang jadi siamang gagap lah kan time tu . Hahahahah , Aina gelak je . Dushhh . Okay lepastu Aina kata nak bagitahu Faryna . Terus saya kata tak payah . Entah rasa malu pon ada . Hoho . Then Aina call balik dia kata NH text dia , NH kata nak jumpa saya dekat kelas esok . Huh nak jumpa esok ? Hurmm okay , tapi mesti segan .

Okay esoknya hari Rabu , saya jumpa dia . Huaaaa , malu gila okay jumpa dekat depan pintu kelas . Semua orang nampak :O Hurmm abaikan . Then dia kasi saya something , dia kata dia tulis semua benda dalam tu , dia suruh baca . Haaaa , dah dupdapdupdap dah ! Apa benda la ni kan ? Then dia tanya "Suka tak?" Okay banyak kali dia tanya tapi saya senyum je . Tak berani nak cakap apa-apa . Segan gila okay . Hohoho . Lepastu Faryna buat muka . Hahahah dia tak tau apa-apa . So cerita dekat dia semua then dia tanya "So korang dah couple lah ?" Dengan lajunya saya cakap "Tak!" Hoi dia just send request tu je then nak kata kitorang couple ? Tak kot :P Hahaha ..

Lepatu start exam . Hurmm time jawab exam ni  ada la dua orang budak perempuan satu kelas dengan NH berhenti dekat kelas saya and cakap dua orang . Lama jugaklah , then tunjuk arah someone dalam kelas saya . Tak tahu diorang tunjuk siapa tapi arah saya . Memang time tu nak tundukkan muka je , tapi nak tau diorang tunjuk siapa ? Hurmmm lepastu diorang blah . Okay pasal diorang tu abaikan je lah ~ Tak penting pon . Okay then exam paper yang lain lepastu balik . Hurmmm balik tu terus bukak benda yang dia kasi tu . Lepastu baca surat yang dia kasi . Ya Allah , terperanjat gila okay ! Memang terperanjat . Hahahah apa dia tulis ? Rahsia :3

Memang segan gila nak pergi sekolah esok ! Tapi esok exam ! Kene datang jugak :( Haaaa , lepastu tanya dia , dia datang tak ? Dia kata dia tak datang ! Hahahahah great ! Yeayyyyyy , tak ada la segan sangat . Wahahahaha . Okay harini pulak hari Jumaat saya tak datang . And lepastu cuti dua minggu ! Wahahahahah lama ah tak jumpa dia nanti ? Okay rasanya saya akan okay kot lepas bukak cuti sekolah nanti . Rasanya ! Hahahahah ....

Lastly , thank you Aina , Sabrina , Faryna and Fatin sebab diorang selalu tolong saya . Hohoho terutamanya Aina dengan Sabrina sebab jadi orang tengah kitorang ! Muahahahahahahaha , Faryna pulak si pakar bagi nasihat . Hehe , Fatin pendengar setia and dia paling selamat kalau nak cerita apa-apa . Dia boleh dipercayai . Hahahah ;) Assalamualaikum

No comments: